Pengumuman

Berita dan peristiwa terkini MIDES


2020-01-23 | Berita
GERAN PEMBANGUNAN PASARAN (MARKET DEVELOPMENT GRANT MDG)

Untuk makluman para pemain industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan, jika anda terlibat di dalam sebarang pameran atau aktiviti bagi tujuan promosi eksport, anda sebenarnya boleh membuat tututan kepada MATRADE di bawah MATRADE's Exporters Training Programmes  iaitu Market Development Grant (MDG). 

Geran Pembangunan Pasaran atau Market Development Grant (MDG) adalah fasilitasi eksport dalam bentuk geran pembayaran balik. MDG diperkenalkan pada tahun 2002 dengan matlamat untuk memudahkan perbelanjaan teras pengeksport di Malaysia bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan buatan Malaysia di peringkat global. Jumlah atau kadar maksimum siling bagi PKS Malaysia atau Small Medium Enterprise (SME), Penyedia Perkhidmatan Profesional, Persatuan Perdagangan dan Industri, Chambers of Perdagangan, Badan Profesional dan Koperasi meningkat daripada RM200,000 kepada RM300,000 setiap seumur hidup

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link berikut :

http://www.matrade.gov.my/en/malaysian-exporters/services-for-exporters/exporters-development/market-development-grant-mdg 

dan klik download MDG Guideline 2020

2019-11-18 | Berita
PAVILION MALAYSIA DI PAMERAN BANGKOK DEFENCE AND SECURITY 2019 PADA 18-21 NOVEMBER 2019.

Malaysian Industry Council for Defence, Enforcement and Security (MIDES) akan melaksanakan Pavilion Malaysia di Bangkok Defence and Security 2019 di IMPACT Exhibition and Convention Center, Bangkok, Thailand. Pavilion ini berkeluasan 72sqm dan merupakan one-stop centre bagi semua negara ASEAN dan ASEAN Plus. Ini akan melibatkan delegasi-delegasi Kementerian Pertahanan yang terdiri dari Menteri Pertahanan, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM dari keseluruhan negara ASEAN. MIDES telah membuka tawaran kepada ahli-ahli MIDES yang berminat untuk menyertai pameran ini bersama Pavilion Malaysia. Yuran penyertaan yang ditawarkan kepada ahli MIDES adalah RM9,000.00 sahaja. Yuran ini merangkumi pas masuk sebagai pempamer, program-program rasmi bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan serta aktiviti promosi serta kolaborasi ahli bersama para VIP dan syarikat pempamer antarabangsa. Kuota penyertaan hanya dibuka kepada 5 syarikat sahaja dan tawaran akan berakhir pada 5 November 2019.

Sekiranya berminat, sila hubungi sekreteriat MIDES dengan segera. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! 


2019-11-18 | Peristiwa
SEKITAR PERLAKSANAAN PAVILION MALAYSIA DI BANGKOK DEFENCE & SECURITY 2019

Perlaksanaan Pavilion Malaysia di Bangkok pada tahun 2019 telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pemain industri luar negara serta pelabur luar negara yang berpotensi. Seperti kebiasaan, Malaysia Pavilion menjadi one-stop centre bagi kesemua delegasi dari Malaysia dan telah menarik ramai pelawat dagangan yang berminat mengenai produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh 5 syarikat tempatan yang menyertai Pavilion Malaysia, iaitu Advanced Defence Systems Sdn Bhd (ADS), Aerospace Technology Systems Corporation (ATSC), Heitech Padu Berhad, Sapura Thales Electronics Sdn Bhd (STE) dan Sps Jaga Systems Sdn Bhd. 


Selain daripada itu, Malaysia Pavilion turut menarik minat Menteri Pertahanan Indonesia yang berkenan melawat Malaysia Pavilion serta terdapat beberapa wakil Kerajaan dan Industri luar negara.


2019-10-23 | Peristiwa
BUSINESS MATCHING DAY DI STRIDE, KAJANG

MIDES telah menjadi urus setia kepada sesi Business Matching Day yang telah berlangsung pada 23-24 Oktober di Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan, STRIDE. Program ini telah di rasmikan oleh Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu yang dihadiri oleh panglima-panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan Malaysia. Business Matching Day ini bertemakan 'Inovasi Pencipta Realiti' yang mempamerkan produk hasil Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari tiga cabang perkhidmatan ATM serta produk penyelidikan dari pihak STRIDE. 


Program ini bertujuan untuk mengkomersialkan produk KIK melalui syarikat pertahanan tempatan yang berminat melalui sesi Business Pitching yang berlangsung.