Latar Belakang

Sejarah Penubuhan MIDES

Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Ogos 1999 bagi memastikan pembangunan Industri Pertahanan Tempatan. Pada April 2010, Majlis ini telah mendapat kelulusan daripada Kabinet untuk dinaikkan taraf sebagai Malaysian Industry Council for Defence, Enforcement and Security (MIDES) dan mempunyai 6 kluster di bawahnya, iaitu Kluster Automotif, Maritim, Aeroangkasa, ICT, Persenjataan dan Gunasama.

MIDES dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh ahli-ahli dari Kementerian serta agensi kerajaan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), wakil dari industri pertahanan tempatan dan lain-lain.






Objektif

Objektif MIDES