Terma & Syarat

Terma dan Syarat Terkini MIDES


SYARAT-SYARAT KEAHLIAN 

  • Syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), berdasarkan kod bidang yang berkaitan dengan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan seperti berikut:
    • Pembuatan
    • Pengilangan
    • Pemasangan
    • Perkhidmatan/ Services
    • ICT
    • Reka Bentuk / Design 
    • Penyelidikan dan Pembangunan / RnD
  • Keahlian MIDES hanya diberikan kepada 7 jenis kategori syarikat (seperti di para 1) dan TIDAK kepada syarikat yang berstatus/ kategori sebagai agents, supplier trading atau perniagaan yang menyediakan perkhidmatan/ penjualan produk komersial yang tidak mempunyai keupayaan dalam menjalankan atau melaksanakan fungsi pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan.
  • Klasifikasi atau maksud perniagaan berteraskan perkhidmatan/ produk komersial adalah syarikat yang tidak mempunyai keupayaan dalam menjalankan atau melaksanakan fungsi pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan:
    • Contoh perniagaan yang berteraskan perkhidmatan/ produk komersial adalah seperti, perniagaan servis penurapan jalan(tar), landskap, pembinaan bangunan/ infrastruktur/ fasiliti, pencucian, servis bas/ van/ kereta/ motosikal/ basikal, pembuatan/ pemasangan perabot hiasan, pemotongan kayu/ besi, servis sewaan kenderaan komersial berat dan ringan, cenderahati, menjahit, memasak, konsultansi komersial (bukan melibatkan pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan) dan lain-lain perniagaan berkaitan yang tidak menjalankan atau melaksanakan fungsi pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan;
  • Melengkapkan pendaftaran syarikat serta permohonan keahlian melalui sistem MIDES serta berjaya mengharungi 2 sesi proses pengauditan MIDES.
  • Berikut merupakan rujukan mengenai beberapa keperluan yang mesti dilengkapkan oleh syarikat :
    • Mempunyai status kewangan yang kukuh (berdasarkan TIGA (3) tahun penyata aliran kewangan terkini syarikat); 
    • Tidak diisytiharkan muflis/ bankrap; 
    • Mempunyai infrastruktur / prasarana yang lengkap untuk aktiviti pembuatan, pemasangan, pengilangan, ICT dan perkhidmatan; 
    • Mempunyai track record perkhidmatan yang baik dengan pengguna;
    • Berkemampuan dan berkeupayaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembuatan, pemasangan, pengilangan, ICT dan perkhidmatan yang berkaitan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan;
    • Syarikat boleh diperakukan (berdasarkan permohonan) untuk menjadi ahli kepada tidak lebih dari 2 Kumpulan Kerja pada satu-satu masa. 
    • Syarikat atau mana-mana pihak pengurusan/kakitangan syarikat tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan negara dan tidak disenarai hitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. 
    • Semua syarikat yang pernah dan sedang memperolehi kontrak / perolehan dengan Kementerian Pertahanan serta terlibat dalam program offset / Program Pengukuhan Ekonomi (PPE) Kementerian diwajibkan memohon sebagai ahli MIDES. 
    • Lulus sesi penilaian audit teknikal oleh Sekretariat Kumpulan Kerja yang dimohon; 
    • Lulus sesi penilaian audit pengurusan dan diperakui keahliannya oleh Sekretariat Bahagian Industri Pertahanan (BIP); 
    • Mendapat keputusan penilaian 3 - 5 bintang daripada MIDES.

TEMPOH DAN TARIKH KEAHLIAN 

  • Keahlian syarikat di dalam MIDES adalah bagi tempoh TIGA (3) tahun dari tarikh sijil keahlian dikeluarkan. 
  • Keahlian syarikat tidak berdasarkan kepada ‘seniority’ syarikat atau tempoh penglibatan syarikat di dalam MIDES. 
  • Tarikh keahlian adalah berdasarkan kepada tarikh sijil dikeluarkan selepas setiap sesi pengauditan. 

KEAHLIAN BERSYARAT (KB)

  • Diberikan kepada syarikat yang memohon serta telah menjalani penilaian audit teknikal dan pengurusan MIDES, namum gagal mencapai minimum 3 bintang SCORE;
  • Mendapat sekurang-kurangnya 2 bintang SCORE hasil dari penilaian oleh MIDES; 
  • Mendapat sokongan daripada Ketua Sekretariat Kumpulan Kerja dan dipersetujui/ diperakui oleh Setiausaha Bahagian Industri Pertahanan;
  • Kuasa penuh dalam menentukan kedudukan, status syarikat sebagai KB adalah menerusi keputusan Setiausaha Bahagian Industri Pertahanan, Kementerian Pertahanan; 
  • KB juga boleh diberikan sekiranya syarikat dilihat berpotensi untuk dibangunkan keupayaannya serta dilihat berupaya menyumbang kepada usaha pembangunan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan (bergantung kepada syor dari Sekreteriat BIP); 
  • Tempoh percubaan sebagai KB adalah selama DUA tahun dari tarikh keputusan/ sijil dikeluarkan; 
  • Syarikat boleh diaudit semula setelah selesai melakukan permohonan lengkap menerusi sistem MIDES selepas 2 tahun dari tarikh keputusan/ sijil dikeluarkan; 
  • Status syarikat sebagai KB adalah tidak melebihi DUA kali berturut-turut; 
  • Jika syarikat masih gagal memperoleh keputusan audit 3 – 5 bintang menerusi penilaian audit MIDES selepas tempoh 2 kali sebagai ahli KB, syarikat hanya dibenarkan melakukan permohonan semula sebagai ahli MIDES selepas TIGA tahun dari tarikh keputusan/ sijil dikeluarkan.
  • Sekiranya selepas itu syarikat didapati masih gagal memperoleh keputusan audit 3 – 5 bintang, secara automatiknya syarikat TIDAK LAYAK mendapat semula status sebagai KB dan perlu menunggu 2 tahun berikutnya untuk melakukan permohonan semula.

PERMOHONAN SEMULA KEAHLIAN MIDES

  • Syarikat perlulah melakukan permohonan semula keahlian menerusi sistem MIDES sekurang-kurangnya enam bulan (6) sebelum tarikh akhir keahlian;
  • Rujukan mengenai status, pemakluman serta keperluan untuk melakukan permohonan semula keahlian akan dipaparkan menerusi notifikasi akaun syarikat di portal MIDES / emel;
  • Melengkapkan borang permohonan semula keahlian melalui sistem MIDES serta berjaya mengharungi 2 sesi proses pengauditan MIDES.
  • Berikut merupakan rujukan mengenai beberapa keperluan yang mesti dilengkapkan oleh syarikat :
    • Mempunyai status kewangan yang kukuh (berdasarkan TIGA (3) tahun penyata aliran kewangan terkini syarikat); 
    • Tidak diisytiharkan muflis/ bankrap; 
    • Mempunyai infrastruktur / prasarana yang lengkap untuk aktiviti pembuatan, pemasangan, pengilangan, ICT dan perkhidmatan; 
    • Mempunyai track record perkhidmatan yang baik dengan pengguna;
    • Berkemampuan dan berkeupayaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembuatan, pemasangan, pengilangan, ICT dan perkhidmatan yang berkaitan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan;
    • Syarikat boleh diperakukan (berdasarkan permohonan) untuk menjadi ahli kepada tidak lebih dari 2 Kumpulan Kerja pada satu-satu masa. 
    • Syarikat atau mana-mana pihak pengurusan/kakitangan syarikat tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan negara dan tidak disenarai hitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. 
    • Semua syarikat yang pernah dan sedang memperolehi kontrak / perolehan dengan Kementerian Pertahanan serta terlibat dalam program offset / Program Pengukuhan Ekonomi (PPE) Kementerian diwajibkan memohon sebagai ahli MIDES. 
    • Lulus sesi penilaian audit teknikal oleh Sekretariat Kumpulan Kerja yang dimohon; 
    • Lulus sesi penilaian audit pengurusan dan diperakui keahliannya oleh Sekretariat Bahagian Industri Pertahanan (BIP); 
    • Mendapat keputusan penilaian 3 - 5 bintang daripada MIDES.

PENAMATAN KEAHLIAN MIDES 

Keahlian Syarikat akan terbatal sekiranya: 
  • GAGAL memenuhi mana-mana atau sebahagian daripada syarat – syarat yang telah ditetapkan di dalam Terma Rujuk MIDES; atau 
  • Pengerusi MIDES atau Setiausaha Bahagian (BIP) berhak untuk menamatkan  mana-mana keahlian syarikat berdasarkan syor dari Sekreteriat BIP atau  usul yang telah dipersetujui majoriti Sekereteriat Kumpulan Kerja atau majoriti Ahli MIDES (sekiranya perlu); atau 
  • Syarikat dilihat tidak berusaha untuk memperbaiki status/ kedudukan/  pencapaian keputusan audit MIDES selepas TIGA (3) kali melakukan permohonan semula keahlian MIDES;
  • Syarikat didapati tidak menyumbang/ tidak membantu/ tidak relevan/ tidak kompiten dalam usaha pembangunan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan. 
  • GAGAL menghadiri mesyuarat Kumpulan Kerja sebanyak DUA (2) kali berturut-turut tanpa sebarang alasan bertulis; atau 
  • Syarikat memohon untuk menarik diri/ dilucutkan keahlian.