06 Mac 2020 - Penganjur DSA 2020 & NATSEC Asia 2020, DSA Exhibition
& Conference Sdn Bhd, telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pertahanan serta Kementerian
Dalam Negeri dan telah mengambil keputusan untuk mengubah tarikh acara yang pada asalnya telah dijadualkan pada 20 - 23 April 2020 kepada 24 - 27 Ogos 2020 di MITEC.
Keputusan itu diambil berdasarkan pertimbangan yang teliti serta rundingan rapat bersama pihak berkepentingan berikutan kebimbangan dan
ketidakpastian yang timbul disebabkan oleh situasi COVID-19. Walaubagaimanapun, segala urus tadbir dan persiapan acara, masih dijalankan seperti biasa.