Pengumuman

Berita dan peristiwa terkini MIDES


30-04-2020 - 01-01-1900 | Berita
TEMPOH PEMPROSESAN PERMOHONAN KEAHLIAN MIDES SERTA STATUS PERMOHONAN

30 Mac - Bahagian Industri Pertahanan (BIP) ingin memaklumkan bahawa tempoh bagi memproses permohonan serta pemakluman berkaitan status permohonan akan dilakukan secara berperingkat.

Walaubagaimanapun, bagi perlaksanaan proses penilaian Audit Teknikal Keupayaan (ATK) dan Audit Pengurusan (AP) yang akan dijalankan bergantung kepada keputusan serta kebenaran Kerajaan berikutan pelanjutan tempoh PKP. 
Untuk menyemak status permohonan, pihak syarikat boleh menyemak di ruangan status permohonan yang tertera di bahagian kanan akaun syarikat. 
Bagi mendapatkan pemakluman atau berita terkini berhubung inisiatif,  tawaran, program serta aktiviti berkaitan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan, sila layari portal MIDES dan sekiranya mempunyai pertanyaan, sila klik di pautan hubungi kami.