14-06-2021 - 16-06-2021 | Berita
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato' Sri / Dato' / Tuan / Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI LIVE WEBINAR ''MERANGKA KAPASITI PERTAHANAN NEGARA MASA HADAPAN'' BERSAMA PEMAIN INDUSTRI PERTAHANAN.''
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pertahanan akan menganjurkan sebuah Live Webinar ''Merangka Kapasiti Pertahanan Negara Masa Hadapan'' & Sesi khas bersama Bahagian Industri Pertahanan (BIP) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) mengenai Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN).
3. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian ingin menjemput YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato' Sri / Dato' / Tuan / Puan, selaku pemegang taruh bagi sektor industri pertahanan dan keselamatan tempatan, untuk bersama menyertai webinar ini dan memberikan input bagi membantu pembangunan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN). Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 16 Jun 2021 (RABU)
Waktu : 10.00 - 1.00 tengah hari
Kaedah : Secara atas talian (platform akan dimaklumkan kelak)
Aturcara : Seperti di lampiran Jadual Webinar
4. Penyertaan bagi sesi ini adalah terhad dan mengikut 'First Come First Serve' kepada SERATUS (100) syarikat industri pertahanan tempatan dan keselamatan tempatan.
5. Sekiranya YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Datuk / Dato' Sri / Dato' / Tuan / Puan berminat, sila hubungi pegawai seperti berikut untuk tempahan slot webinar:
Puan Lady Jamilla
Penolong Setiausaha
(019-9985354)
(lady.jamilla@mod.gov.my)
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Urus Setia RTKP
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Industri Pertahanan
Kementerian Pertahanan
Muat Turun Dokumen