27-01-2021 - 04-01-2021 | Berita
04 Jan - Bahagian Industri Pertahanan (BIP) selaku urus setia induk MIDES ingin mengucapkan tahniah kepada syarikat-syarikat pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan yang telah berjaya melepasi proses pengauditan keupayaan teknikal dan pengurusan yang dijalankan sepanjang tahun 2020.
Sebanyak 61 syarikat daripada keseluruhan 85 syarikat yang menjalani proses pengauditan MIDES sepanjang tahun 2020, telah berjaya memperoleh penarafan keupayaan serta pengikhtirafan keahlian daripada MIDES. Penarafan keupayaan serta pengikhtirafan keahlian yang diberikan adalah berdasarkan prestasi serta keupayaan semasa syarikat sewaktu proses pengauditan keupayaan teknikal dan pengurusan yang dijalankan oleh BIP bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan SME Corp Malaysia.
Penarafan yang diberikan adalah melalui penerbitan sijil digital yang memiliki ciri-ciri keselamatan khas dan hanya boleh digunapakai oleh syarikat yang berkenaan sahaja. Sehubungan dengan itu, pihak syarikat boleh menyemak keputusan serta memuat turun sijil melalui portal MIDES dan akaun syarikat.
Sekiranya pihak syarikat mempunyai pertanyaan lanjut , sila hubungi sekreteriat Induk MIDES di mides@mod.gov.my
**Nota khusus kepada 61 ahli Malaysian Industry Council for Defence, Enforcement and Security (MIDES), sila mengemaskini maklumat syarikat di ruangan sistem untuk tindakan semakan lanjut oleh BIP.
Sekian terima kasih dan salam hormat.