05-01-2021 - 28-01-2021 | Berita
MSH Instrument Environmental & Technologies Sdn Bhd (MSH) akan menganjurkan webinar bertajuk Beneath The Waves. Sehubungan dengan itu, MSH Instrument Environmental & Technologies Sdn Bhd ingin menjemput para pemain industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan untuk memperkenalkan teknologi Mini Submersible yang terkini oleh U-Boat Worx (UBW) dari Breda Netherlands.
Berikut merupakan ketetapan tarikh, masa serta agenda kemuncak bagi penganjuran webinar ini :
Tarikh: 27 Januari (RABU)
Masa: 3.00 petang
Aplikasi Webinar: Zoom
Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/gFdoZjyFd8jD4mrg7
Agenda:
Pembentangan teknologi Mini Submersible oleh Pengurus Pemasaran Antarabangsa U-Boat Worx, Mr. Frederick Roepers yang akan menerangkan mengenai model-model Mini Submersible yang terkini dan kelebihan Mini Submersible UBW yang kini semakin popular di seluruh dunia.
Mejar (B) Mohd Shariff Hussain, Ketua Pengarah Eksekutif MSH Instrument Environmental & Technologies Sdn Bhd pula akan mempromosikan kesedaran dan pengetahuan tentang kehebatan teknologi tinggi ini dalam menyelesaikan beberapa isu terkini negara seperti penyelengaraan kabel dan paip dasar laut, penyelengaraan industri petroleum dan gas, kajian perikanan dan pemuliharaan hidupan laut, misi mencari dan menyelamat (SAR), kajian strategik pertahanan negara, penyelidikan oseanografi dan hidrografi serta mampu memberi nafas baru dalam sektor pelancongan negara.