MIDES telah menjadi urus setia kepada sesi Business Matching Day yang telah berlangsung pada 23-24 Oktober di Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan, STRIDE. Program ini telah di rasmikan oleh Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu yang dihadiri oleh panglima-panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan Malaysia. Business Matching Day ini bertemakan 'Inovasi Pencipta Realiti' yang mempamerkan produk hasil Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari tiga cabang perkhidmatan ATM serta produk penyelidikan dari pihak STRIDE.