12-02-2021 - 25-02-2021 | Berita
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk Seri/Datuk/Dato’ Sri/Dato’/Tuan/Puan,
SURVEY PEMAIN INDUSTRI PERTAHANAN & KESELAMATAN BAGI PENYEDIAAN DRAF DIPKN
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman, Kementerian Pertahanan kini dalam proses menyediakan draf Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan (DIPKN) yang merupakan inisiatif susulan kepada Kertas Putih Pertahanan (KPP). DIPKN akan menjadi dokumen rujukan utama serta punca kuasa penting bagi pelaksanaan inisiatif strategik bagi memperkasakan keupayaan industri pertahanan dan keselamatan Negara.
3. Input daripada semua pihak terutamanya daripada pemain industri adalah sangat penting dalam proses penyediaan draf DIPKN ini. Justeru itu, dimohon kerjasama pihak YBhg. Datuk Seri/Datuk/Dato’ Sri/Dato’/Tuan/Puan untuk turut serta dalam survey yang dilaksanakan melalui pautan di bawah:
4. Kerjasama pihak YBhg. Datuk Seri/Datuk/Dato’ Sri/Dato’/Tuan/Puan untuk mengisi survey ini adalah sangat diharapkan dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih dan salam hormat.
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
“PERTAHANAN NEGARA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Urusetia Induk DIPN
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan Malaysia
Muat Turun Dokumen