MIDES

Tentang Kami


Latar Belakang

Sejarah Penubuhan MIDES


Activity photo

Pada Ogos 1999, Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) telah ditubuhkan melalui keputusan Jemaah Menteri bagi menyelaraskan pembangunan sektor industri pertahanan di Malaysia. MIPM berfungsi bagi menyokong pembangunan sektor tempatan, dan sebagai memudahcara pemasaran ke luar negara dan membantu syarikat mengakses pasaran luar. 

Melalui kelulusan kabinet pada Mac 2010, MPIM telah distruktur semula dengan penambahan skop yang merangkumi keahlian agensi-agensi dan syarikat di sektor keselamatan dan juga penguatkuasaan. Kementerian Pertahanan melalui Bahagian Industri Pertahanan (BIP) telah diberi tanggungjawab sebagai sekreteriat MIDES. Objektif MIDES ditubuhkan adalah sebagai inisiatif Kerajaan dalam melahirkan serta menjadikan industri pertahanan tempatan yang berdikari serta berdaya saing selari dengan kehendak Dasar Pertahanan Negara.

MIDES telah diberikan peranan untuk membantu menyelaraskan halatuju pembangunan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan serta membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan. Selain daripada itu, MIDES juga menjalankan fungsi pengoperasiannya dengan mengaudit, memantau serta memastikan tahap pembangunan serta kepakaran teknologi setiap syarikat pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan yang menjadi ahli di bawahnya berkembang. Sehingga kini, MIDES dianggotai oleh 56 agensi kerajaan dan swasta seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, SME Corp Malaysia dan lain-lain. 

MIDES mempunyai 6 sub-sektor atau 6 kumpulan kerja di bawahnya iaitu Kumpulan Kerja Automotif, Maritim, Aeroangkasa, Keselamatan Siber, Persenjataan dan Gunasama. Sehingga Januari 2020, sebanyak 210 ahli syarikat pertahanan telah berdaftar di bawah MIDES dan dijangka meningkat pada akhir tahun 2020 berdasarkan permohonan semasa yang diterima oleh MIDES.

Objektif

Objektif MIDES




Mewujudkan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan yang berdikari dan mampan demi mengukuhkan pertahahan negara;

Memastikan kebersediaan industri menghadapi cabaran global akan datang;

Memastikan keharmonian Akta, dasar dan peraturan bagi mewujudkan haluan yang jelas dalam mengerakkan industri ke hadapan;

Memastikan kebersediaan gunatenaga berkemahiran negara bagi menampung keperluan industri semasa dan akan datang; dan

Menggalakkan aktiviti pelaburan dalam kajian dan pembangunan tempatan serta mewujudkan tumpahan teknologi dan kepakaran ke sektor yang lebih luas bagi memastikan industri yang luas dan mampan.

Activity photo
Carta Organisasi

Carta Organisasi dan Kumpulan Kerja MIDES


Carta Organisasi