Profil Syarikat
1. Syarikat perlu memuatnaik dokumen tambahan di ruangan 1.13: Profil Syarikat.
2. Pemohon diminta untuk memuatnaik maklumat / lampiran dalam bentuk format (PDF) di ruangan yang telah disediakan semasa melakukan permohonan atau semasa mengemaskini maklumat syarikat di sistem MIDES.
• Misi dan Visi Syarikat
• Jenis Perniagaan
• Carta Organisasi Terkini
• Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan
Dokumen Tambahan berkaitan syarikat :
1. Syarikat perlu memuatnaik dokumen tambahan di ruangan 1.14 : Salinan Sijil Pendaftaran.
2. Dokumen pengenalan syarikat seperti berikut hendaklah dimuat naik di ruangan yang telah disediakan semasa melakukan permohonan atau semasa mengemaskini maklumat syarikat di sistem MIDES.
• Borang 9 (Pendaftaran Syarikat)
• Borang 13 (Pertukaran Nama Syarikat) (Jika ada)
• Borang 24 (Pegangan Syer)
• Borang E (Sijil Perakuan Pembaharuan Perniagaan) (Jika ada)
• Borang 49 (Lembaga Pengarah)
• Sijil Pendaftaran MOF
• Sijil Akuan Bumiputera (sekiranya syarikat Bumiputera)
• Lesen Perniagaan (Lesen Perniagaan mestilah bagi tahun semasa yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis Perbandaran.
Penyata Kewangan
1. Syarikat perlu memuatnaik penyata kewangan di ruangan 2.5: Penyata Kewangan
2. Salinan lengkap Penyata Kewangan Tahunan beraudit 3 tahun terkini mestilah dimuatnaik dalam bentuk (PDF) menerusi ruangan yang telah disediakan.
Sijil – Sijil Sokongan
1. Syarikat perlu memuatnaik sijil tambahan di ruangan 13 : Pensijilan dan Akreditasi Kualiti Syarikat.
2. Syarikat digalakkan memuat naik sijil – sijil tambahan terkini yang diperoleh seperti berikut (sekiranya ada)
• Sijil – Sijil ISO, Halal, GMP, OSHA, HACCP .
• Sijil Qlassic & SHASSIC dari CIDB.
• Sijil Keselamatan produk/ servis/ kualiti makanan (sekiranya ada)
• Sebarang siji yang dapat memberikan kelebihan kepada pihak syarikat.
Dokumen Kelulusan Trade Marks & lain – lain Intelectual Property (IP)
1. Syarikat perlu memuatnaik sijil tambahan di ruangan 13 : Pensijilan dan Akreditasi Kualiti Syarikat.
Penyata KWSP
1. Syarikat perlu memuatnaik sijil tambahan di ruangan 5.7 : Penyata Caruman KWSP.
2. Syarikat perlu mengemukakan penyata caruman KWSP pekerja (3 Bulan Terkini) dalam bentuk (PDF) menerusi ruangan yang telah disediakan.
Manual Kerja / Standard Operating Procedure (SOP)
1. Syarikat perlu memuatnaik manual kerja di ruangan 13 : Pensijilan dan Akreditasi Kualiti Syarikat.
2. Manual Kerja bagi bahagian seperti berikut hendaklah dimuat naik (sekiranya ada).
• Bahagian Kerja Teknikal
• Bahagian Pengurusan
Kalendar Latihan / Kursus Perkerja
1. Syarikat perlu memuatnaik kalendar latihan di ruangan 13 : Pensijilan dan Akreditasi Kualiti Syarikat.
2. Maklumat kalendar latihan pekerja / kursus pekerja bagi bahagian teknikal dan pengurusan hendaklah dimuatnaik dalam bentuk (PDF) (memadai 2-3 muka surat sekiranya ada)
Dokumen Fungsi Tugas / Job Description
1. Syarikat perlu memuatnaik fungsi tugas / Job Description di ruangan 13 : Pensijilan dan Akreditasi Kualiti Syarikat.
2. Dokumen fungsi tugas / Job Description bagi pekerja di bahagian teknikal serta pengurusan (memadai 2-3 pekerja sahaja)
Borang SCORE
1. Pihak Syarikat hendaklah melengkapkan serta menghantar Borang SCORE untuk rujukan para auditor (AP) sebelum sesi audit berlangsung.
2. Dokumen berkenaan perlu dihantar selewat-lewatnya 2 (DUA) hari sebelum tarikh AP dijalankan.
3. Kegagalan melengkapkan borang SCORE sebelum sesi pengauditan dilakukan akan menyebabkan pihak syarikat gagal dalam proses tersebut.
Kemudahan Talian Internet
1. Kemudahan talian internet bagi kegunaan Auditor MIDES semasa melakukan sesi pengauditan (AP).
Penyediaan Link Virtual Meeting
1. Pihak syarikat akan dihubungi urus setia induk menerusi telefon/ surat melalui notikasi emel dan sistem untuk menyediakan dokumentasi yang diperlukan serta mengadakan sesi virtual meeting bagi mengesahkan AP.
2. Pengauditan secara atas talian boleh dilaksanakan menggunakan sebarang jenis aplikasi virtual meeting yang besesuaian serta perlu di uruskan pihak syarikat sebagai host.
3. Pihak syarikat perlu menghantar semula dokumen/ jenis borang yang berkaitan secara emel berdasarkan keperluan yang diminta oleh urus setia induk beserta invitation virtual meeting link.
4. Dokumen berkenaan perlu dihantar selewat-lewatnya kepada urus setia BIP 2 (DUA) hari sebelum tarikh AP dijalankan.