BAHAGIAN INDUSTRI PERTAHANAN (BIP)

KEMENTERIAN PERTAHANAN

 

LATAR BELAKANG BIP

Bahagian Industri Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia pada mulanya ditubuhkan pada tahun 1970-an dan dikenali sebagai Unit Pengeluaran Pertahanan di bawah sektor Pembangunan, Kementerian Pertahanan. Bahagian ini kemudiannya disusun semula pada awal tahun 1989 dengan dikenali sebagai Bahagian Industri Pertahanan (BIP) dan telah dipertanggung jawabkan untuk menyelia dasar dan pelaksanaan sektor industri pertahanan Malaysia. Selain itu juga, BIP turut bertindak sebagai Sekretariat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES).

VISI BAHAGIAN

Mewujudkan Industri Pertahanan Negara yang bertaraf dunia sejajar dengan Dasar Pertahanan Negara

MISI BAHAGIAN

Memperkukuhkan industri pertahanan tempatan ke arah mencapai keupayaan negara yang berdikari melalui pembangunan industri pertahanan yang efisyen

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Merancang dan menggubal dasar bagi mengukuhkan pembangunan industri pertahanan;
  • Memperkukuhkan kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui penyediaan teknologi pertahanan yang canggih dan struktur sokongan sepanjang hayat;
  • Mempertingkatkan keupayaan teknologi pertahanan melalui offset dan hubungan dua hala dengan negara asing; dan
  • Menggalakkan pembangunan tenaga kerja yang kompeten dan berkeupayaan tinggi untuk memacu industri pertahanan.

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB BIP

  • Menggubal dasar dan melaksanakan program-program bagi menggalakkan pertumbuhan industri pertahanan tempatan;
  • Bertindak sebagai urusetia/ sekretariat kepada Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES);
  • Merancang, menentu dan memantau pelaksanaan program perdagangan timbalbalas (offset) berpandukan kepada Polisi dan Garis Panduan Perdagangan Timbalbalas;
  • Menyelaras industri pertahanan tempatan dengan kerjasama Negara luar;
  • Merancang, menyelaras dan memantau kerjasama hubungan  dua hala industri pertahanan;
  • Merancang, mengurus dan menyelaras pengendalian pameran pertahanan antarabangsa – Defence Services Asia (DSA) and Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA);
  • Mengkoordinasi pameran pertahanan ke pameran pertahanan luar Negara;
  • Mengkaji dan melaksanakan program penswastaan kemudahan dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia; dan
  • Mengawasi perjalanan dan prestasi Badan-Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertahanan