Bismillahirrahmanirahim,

Assalammualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat melancarkan portal baru bagi Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan Dan Keselamatan (MIDES) Malaysia.

Portal Rasmi MIDES ini merupakan salah satu usaha Kementerian selaku Urusetia Majlis dengan kerjesama keseluruhan ahli MIDES untuk menghebahkan serta menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna kepada ahli Majlis serta kepada orang ramai berkenaan aktiviti serta perkembangan terkini industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan Malaysia.

Melalui laman web baru ini juga, para pengunjung boleh memperolehi maklumat-maklumat yang berguna berkenaan produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh ahli MIDES. Malah Portal ini membuka ruang kepada pengunjung untuk berinteraksai serta mengemukakan maklumbalas dan pendapat berkenaan industri pertahanan tempatan.

Saya berharap portal rasmi MIDES ini akan dapat dijadikan sebagai platform yang membolehkan industri dan agensi kerajaan yang berkenaan untuk mendekatkan diri serta berinteraksi sesama sendiri dan dan dengan agensi-agensi luar kearah membangun serta memartabatkan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan.

Akhir kata, saya yakin Portal Rasmi MIDES ini akan menjadi sumber maklumat yang penting kepada industri dan juga masyarakat.

Selamat melayari Portal Rasmi Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan Dan Keselamatan (MIDES).

Terima kasih.

 

YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

Menteri Pertahanan Malaysia

Merangkap

Pengerusi Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan Dan Keselamatan (MIDES)