PERUTUSAN PENGERUSI KK-ICT

Sepanjang tahun 2011, Kumpulan Kerja ICT (KK-ICT) telah mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan oleh KK-ICT dan telah memberi kerjasama sepenuhnya ke atas program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Sekretariat MIDES.

Bagi tahun 2012, Sekretariat KK-ICT akan memberi fokus ke atas program dan aktiviti yang diwujudkan bagi membantu ahli-ahli KK-ICT meningkatkan keupayaan syarikat melalui pembangunan kapasiti, kandungan pengetahuan dan daya saing.

Program dan aktiviti yang dirancang ini akan memberi fokus ke atas lawatan ke syarikat-syarikat ahli KK-ICT bagi melihat sektor industri pertahanan yang diceburi dan berkongsi amalan terbaik serta memadankan perniagaan antara syarikat.

Adalah diharap agar tahun baru ini akan membawa kepada perubahan dan transformasi di dalam KK-ICT secara khususnya dan MIDES secara amnya kearah pembangunan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan Negara

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012