Objektif dan Fungsi

Last Updated on Wednesday, 06 June 2012

Objektif KK Persenjataan

Objektif KKP adalah seperti berikut:

i) Menggabungkan syarikat-syarikat yang berkelayakan berasaskan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan di Malaysia khususnya di bawah cluster persenjataan di bawah satu organisasi;
ii) Memberi panduan dalam menentukan hala tuju pembangunan sektor persenjataan di bawah industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan sejajar dengan objektif Dasar Pertahanan Negara dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan;
iii) Membincangkan dan menyelesaikan isu dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat di bawah kluster persenjataan MIDES;
iv) Memperkasakan syarikat-syarikat di bawah kluster persenjataan MIDES melalui pembangunan keupayaan syarikat ke arah self reliance; dan
v) Mengeratkan hubungan kerjasama antara industri dengan institusi pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan dalam dan luar negara.

 

Fungsi KK Persenjataan

Fungsi KKP MIDES adalah seperti berikut:

i) Mengkoordinasikan hala tuju industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan kususnya di bawah kluster persenjataan bagi menyokong Dasar Pertahanan Negara, pembangunan ekonomi serta industri tempatan;
ii) Merancang, melaksanakan dan memantau aktivit Program Pembangunan Keupayaan Kumpulan Kerja Persenjataan MIDES melalui Program Offset dan pemindahan teknologi, Program Pengukuhan Ekonomi (PPE) serta Program Pembangunan Vendor (PPV) yang berkaitan;
iii) Mewujud serta mengeratkan hubungan kerjasama strategik di antara ahli Kumpulan Kerja Persenjataan dengan agensi-agensi industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan dalam dan luar negara;
iv) Mengkoordinasikan aktiviti penerokaan pasaran global melalui agensi Kerajaan yang berkaitan;
v) Melaksanakan program promosi dan pemasaran melalui smart and strategic private-government partnership;
vi) Merancang serta melaksanakan program-program knowledge sharing berkaitan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan; dan
vii) Bertindak sebagai information centre berkenaan sektor maritim secara khususnya serta industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan secara amnya.

 

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012