Latar Belakang KK Maritim

Kumpulan Kerja Maritim (KKM) merupakan salah satu kluster di bawah Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) yang merangkumi syarikat-syarikat yang membekalkan produk serta perkhidmatan berkaitan sektor maritim di bawah industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan. Di antara produk-produk yang telibat adalah pembuatan dan MRO bagi sektor  perkapalan.

Tahun 2011 memperlihatkan beberapa perkara bersejarah melibatkan maritim negara di mana kesemua aset-aset marin bagi Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan sebahagian aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).  Peranan Sekretariat KKM ditumpukan untuk mengkoordinasi dan memantau pembangunan industri maritim negara.

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012