Latar Belakang KK ICT

Kumpulan Kerja ICT (KK ICT) merupakan salah satu kluster di bawah Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) yang merangkumi syarikat-syarikat yang membekalkan produk serta perkhidmatan perisian serta peralatan perkomputerandan sistem berteraskan ICT berkaitan pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan.

KK-ICT telah ditubuhkan dengan objektif utama iaitu untuk menyatukan semua syarikat ICT tempatan di bawah industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan bagi mewujudkan cluster syrikat ICT yang kukuh, berasaskan kompetensi dan menyokong Dasar Pertahanan Negara ke arah keupayaan berdikari (self-reliance) melalui pendekatan berikut:

  1. kolaborasi berasaskan bidang berkepentingan strategik dan kelompok kompetensi ICT industri pertahanan tempatan.
  2. penambahbaikan nilai bagi mengurangkan kebergantungan kepada OEMs luar negara; dan
  3. penambahbaikan dan pembangunan keupayaan teknologi ICT bagi menggalakkan suatu persekitaran di mana pihak kerajaan dan industri mempunyai visi yang selari.
Hakcipta Terpelihara © BIP 2012