Objektif KK Automotif MIDES

1.   Menyediakan platform bagi membangunkan keupayaan penyampaian perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan lain bagi aset dan peralatan pertahanan kearah self-reliance;

2.   Membantu pembangunan keupayaan teknologi ahli melalui kerjasama strategik dengan badan/ agensi yang berkaitan;

3.   Mengenalpasti, mengintegrasikan serta menggunakan sepenuhnya kemampuan serta keupayaan industri tempatan bagi aktiviti pengeluaran, penyampaian perkhidmatan (servicing/support), penyelenggaraan dan latihan;

4.  Mengenalpasti serta merangka strategi bagi melangkaui  jurang keupayaan/ kompetensi syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan di bawah sektor Automotif.

 

Fungsi dan Peranan KK Automotif MIDES

1.   Mengemukakan cadangan bagi memantapkan lagi polisi industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan negara khususnya bagi sektor automotif;

2.   Melaksanakan dan mengikuti aktiviti-aktiviti MIDES seperti seminar, penerbitan buletin, booth MIDES dan lain-lain;

3.   Menimbang strategi dan program pembangunan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan dalam sektor automotif;

4.   Melaksanakan pelan tindakan Blueprint Industri Pertahanan bagi sektor aeroangkasa serta menentukan tindakan-tindakan susulan yang sesuai diambil;

5.    Menggalakkan perkongsian maklumat, kepakaran dan pengalaman di dalam program dan aktiviti industri;

6.  Mengenal pasti masalah/rintangan utama yang dihadapi oleh kedua-dua pihak, kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan program dan mencadangkan cadangan penyelesaian yang sesuai;

7.   Menilai keberkesanan Kumpulan Kerja Automotif di dalam membangunkan sektor tersebut; dan

8.   Melaporkan status dan program Kumpulan Kerja Automotif MIDES kepada Bahagian industri Pertahanan dan Majlis MIDES.

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012