Latar Belakang KK Automotif MIDES

 

Kumpulan Kerja Automotif Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (KK Auto MIDES) telah ditubuhkan pada tahun 2010 di bawah MIDES dan dipengerusikan oleh Panglima Tentera Darat dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi yang dilantik dikalangan ahli-ahli syarikat.

Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat dilantik sebagai Sekretariat dan Ketua Pengarah dilantik sebagai Ketua Sekretariat. Keahlian KK Auto terbahagi kepada 2 keahlian iaitu daripada ahli agensi Kerajaan dan syarikat.

Kumpulan kerja kini mempunyai 36 ahli iaitu terdiri 11 ahli dari agensi kerajaan dan 25 dari syarikat  yang menjadi sebagai tulang belakang perkembangan sektor Automotif di bawah Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia. 

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012