Last Updated on Wednesday, 11 April 2012

PERUTUSAN PENGERUSI KK-PERSENJATAAN

Sepanjang tahun 2011, Kumpulan Kerja Persenjataan (KK-Persenjataan) telah mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan oleh KK-Persenjataan dan telah memberi kerjasama sepenuhnya ke atas program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Sekretariat MIDES.

Bagi tahun 2012, Sekretariat KK-Persenjataan akan memberi fokus ke atas program dan aktiviti yang diwujudkan bagi membantu ahli-ahli KK-Persenjataan meningkatkan keupayaan syarikat melalui pembangunan kapasiti, kandungan pengetahuan dan daya saing.

Program dan aktiviti yang dirancang ini akan memberi fokus ke atas lawatan ke syarikat-syarikat ahli KK-Persenjataan bagi melihat sektor industri pertahanan yang diceburi dan berkongsi amalan terbaik serta memadankan perniagaan antara syarikat.

Adalah diharap agar tahun baru ini akan membawa kepada perubahan dan transformasi di dalam KK-Persenjataan secara khususnya dan MIDES secara amnya kearah pembangunan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan Negara

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012