Perutusan Pengerusi

Last Updated on Monday, 16 April 2012

Sepanjang tahun 2011, Kumpulan Kerja Automotif (KK- Automotif) telah mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan oleh KK-Automotif dan telah memberi kerjasama sepenuhnya ke atas program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Sekretariat MIDES.

Bagi tahun 2012, Sekretariat KK- Automotif akan memberi fokus ke atas program dan aktiviti yang diwujudkan bagi membantu ahli-ahli KK- Automotif meningkatkan keupayaan syarikat melalui pembangunan kapasiti, kandungan pengetahuan dan daya saing.

Program dan aktiviti yang dirancang ini akan memberi fokus ke atas lawatan ke syarikat-syarikat ahli KK- Automotif bagi melihat sektor industri pertahanan yang diceburi dan berkongsi amalan terbaik serta memadankan perniagaan antara syarikat.

Adalah diharap agar tahun baru ini akan membawa kepada perubahan dan transformasi di dalam KK- Automotif secara khususnya dan MIDES secara amnya kearah pembangunan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan Negara

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012