Objektif dan Fungsi

Last Updated on Friday, 13 April 2012

Objektif KK Aero MIDES

1.   Menyediakan platform bagi membangunkan keupayaan penyampaian perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan lain bagi aset dan peralatan pertahanan kearah self-reliance;

2.   Memangkinkan pembangunan keupayaan teknologi ahli melalui kerjasama strategik dengan badan/ agensi yang berkaitan;

3.   Mengenalpasti, mengintegrasikan serta menggunakan sepenuhnya kemampuan serta keupayaan industri tempatan bagi aktiviti pengeluaran, penyampaian perkhidmatan (servicing/support), penyelenggaraan dan latihan;

4.   Mengenalpasti serta merangka strategi bagi melangkaui  jurang keupayaan/ kompetensi syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan di bawah sektor aeroangkasa.

 

Fungsi dan Peranan KK Aero MIDES

1.   Mengemukakan cadangan bagi memantapkan lagi polisi industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan negara khususnya bagi sektor aeroangkasa;

2.   Melaksanakan dan mengikuti aktiviti-aktiviti MIDES seperti seminar, penerbitan buletin, booth MIDES dan lain-lain;

3.   Menimbang strategi dan program pembangunan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan dalam sektor aeroangkasa;

4.   Melaksanakan pelan tindakan Blueprint Industri Pertahanan bagi sektor aeroangkasa serta menentukan tindakan-tindakan susulan yang sesuai diambil;

5.    Menggalakkan perkongsian maklumat, kepakaran dan pengalaman di dalam program dan aktiviti industri;

6.  Mengenal pasti masalah/rintangan utama yang dihadapi oleh kedua-dua pihak, kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan program dan mencadangkan cadangan penyelesaian yang sesuai;

7.   Menilai keberkesanan Kumpulan Kerja Aeroangkasa di dalam membangunkan sektor tersebut; dan

8.   Melaporkan status dan program Kumpulan Kerja Aeroangkasa MIDES kepada Bahagian industri Pertahanan dan Majlis MIDES.

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012