Latar Belakang KK Aero MIDES

Kumpulan Kerja Aeroangkasa Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (KK Aero MIDES) telah ditubuhkan pada tahun 2010 di bawah MIDES dan dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Sri Panglima Tentera Udara dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi yang dilantik daripada agensi syarikat.

Kumpulan ini berfungsi melalui satu Sekretariat yang diketuai oleh AKS Kejuruteraan TUDM. Keahlian KK Aero adalah dikategorikan sebagai ahli daripada agensi Kerajaan, separa kerajaan dan syarikat. Ahli agensi syarikat pula diwakili oleh Ahli Tetap dan Ahli Biasa.

Kumpulan kerja ini kini mempunyai 36 ahli yang dikategorikan sebagai pemangkin kepada sektor aeroangkasa di bawah industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan Malaysia. Sepuluh (10) adalah dari agensi kerajaan, satu (1) separa kerajaan dan dua puluh lima (25) daripada agensi syarikat.

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012