YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Pengerusi MIDES telah merasmikan Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Baharu MIDES di Pameran DSA pada 17 April 2012 bertempat di Hall 1, PWTC, Kuala Lumpur. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai Kanan Awam, Ketenteraan dan Syarikat-syarikat ahli MIDES. Laman Web Baharu tersebut menampilkan wajah baharu, lebih mesra pengguna, berinfomatif dan interaktif.