Di antara fungsi-fungsi MIDES adalah ;

i)    Membantu dalam usaha mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan;

ii)   Menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan program offset dan pemindahan teknologi kepada syarikat-syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan;

iii)  Menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan peluang pengeksportan serta membantu syarikat-syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan dalam menerokai pasaran tersebut;

iv)  Membantu dan menyelaras penyertaan syarikat-syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan dalam pameran-pameran, pemasaran dan promosi luar negeri yang berkaitan;

v)   Menjadi pusat setempat dalam pertukaran maklumat dan menganjur seminar-seminar yang berkaitan dengan isu-isu industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan; dan

vi)  Mewujud dan mengeratkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan luar negeri yang bersesuaian.