Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1999 untuk memastikan pembangunan industri pertahanan tempatan dilaksanakan secara teratur.

Majlis ini dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia dan ahli-ahlinya terdiri daripada wakil-wakil Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan wakil-wakil syarikat industri pertahanan tempatan.

Majlis ini telah dinaiktaraf kepada Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) dengan persetujuan Jemaah Menteri pada April 2010.