FAQs - MiDES

Jawapan : Industri Pertahanan adalah satu bidang ekonomi yang berkaitan dengan aktiviti pengeluaran, penyelenggaraan, pembaikan, baikpulih, rombakrawat, naiktaraf dan pemodenan semula peralatan ketenteraan yang digunakan untuk tujuan pertahanan dan keselamatan negara.

Jawapan : Kepentingan Industri Pertahanan adalah sangat besar kerana peranannya yang menyokong kesiagaan dan kekuatan daya tempur system pertahanan dan keselamatan sesebuah negara. Industri Pertahanan adalah industri yang strategik kerana ia melibatkan kos pelaburan yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pertahanan akan memastikan supaya industri pertahanan akan sentiasa menyokong dan memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jawapan : Bahagian Industri Pertahanan bertanggungjawab mengendali, menentu dan melaksanakan semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan industri pertahanan. Bahagian ini juga bertindak sebagai pemangkin dalam membangunkan industri pertahanan tempatan dalam usaha mengurangkan pergantungan Negara kepada bekalan peralatan pertahanan dan perkhidmatan penyelenggaraan dari luar negara.

Jawapan : Fungsi Bahagian Industri Pertahanan adalah seperti berikut:

1)    Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan pertumbuhan industri pertahanan tempatan.

2)    Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES);

3)    Merancang dan menyelaras sokongan Kerajaan dalam pengendalian pameran-pameran peralatan pertahanan tempatan dan antarabangsa;

4)    Menyelaras kerjasama industri pertahanan dengan negara-negara asing melalui hubungan dua hala pertahanan; dan

5)    Mengkaji dan melaksana program penswastaan kemudahan dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia yang boleh dilaksanakan oleh syarikat tempatan.

Jawapan : Program Countertrade atau Program Perdagangan Timbalbalas ialah aktiviti perdagangan secara timbalbalas antara pihak daripada Negara pembeli dan Negara penjual. Secara umumnya, bentuk-bentuk aktiviti perdagangan timbalbalas boleh merangkumi salah satu atau gabungan daripada aktiviti-aktiviti antaranya seperti berikut:

      i.        Program Offset Langsung dan Tidak Langsung (direct offset & indirect offset);

     ii.        Program Pembelian Timbalbalas (counterpurchase); dan

    iii.        Perdagangan Secara ‘Barter” (barter trade).

Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan dalam melaksanakan program perdagangan timbalbalas bagi perolehan peralatan kapital pertahanan hanya menumpukan kepada kombinasi dua program sahaja iaitu program offset dan program pembelian timbalbalas.

Jawapan : Program offset adalah sebahagian daripada elemen program perdagangan timbalbalas. Skop program perdagangan timbalbalas adalah lebih luas yang mana ia juga merangkumi program pembelian timbalbalas.

Jawapan :  Antara program-program offset yang boleh dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh pihak penjual atau OEM ialah:-

      i.       Pengeluaran/pembangunan bersama dalam negara (co-production/ development);
     ii.       Sub-kontrak (sub-contracting);
    iii.       Pelesenan untuk pengeluaran (licensed production);
   iv.        Belian semula (buy-back);
    v.        Pelaburan;
   vi.        Pemasaran;
  vii.        Latihan/Kursus; dan sebagainya.

Jawapan : MIDES adalah singkatan bagi Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia.

Jawapan :  Objektif MIDES adalah seperti berikut:-

i)      membantu industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan dalam usaha mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan;

ii)     membantu menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan program offset dan pemindahan teknologi kepada syarikat-syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan;

iii)    membantu menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan peluang pengeksportan serta membantu syarikat-syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan dalam menerokai pasaran tersebut;

iv)   membantu dan menyelaras penyertaan syarikat-syarikat industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan dalam pameran-pameran, pemasaran dan promosi luar negeri yang berkaitan;

v)    menjadi pusat setempat dalam pertukaran maklumat dan menganjur seminar-seminar yang berkaitan dengan isu-isu industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan; dan

vi)   mewujud dan mengeratkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan luar negeri yang bersesuaian.

Jawapan : Permohonan untuk menjadi ahli MIDES boleh dilakukan melalui kaedah berikut:

i.      Layari laman web MIDES;

ii.     Pergi ke menu Info dan muat turun borang-borang MIDES;

iii.    Majukan permohonan berserta dokumen-dokumen seperti di soalan 5 dan majukan ke alamat berikut:

Bahagian Industri Pertahanan,
Kementerian Pertahanan Malaysia,
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Zetro,
Jalan 9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300 KUALA LUMPUR