Tahun 2011

Bengkel Blueprint MIDES

Bahagian Industri Pertahanan merangkap Sekreteriat Induk MIDES telah mengadakan Bengkel Bagi Memuktamadkan Blueprint Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia pada 27-29 September 2011 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Objektif program adalah bagi memuktamadkan dokumen Blueprint Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan serta menetapkan hala tuju, milestone, fokus dan panduan bagi pembangunan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan Malaysia sehingga tahun 2020.

Mesyuarat MIDES 2011

Mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan Dan Keselamatan (MIDES) telah diadakan sebanyak 3 kali 

i) Mesyuarat MIDES Bil.01/2011 berlangsung pada 28 Mac 2011

ii) Mesyuarat MIDES Bil.02/2011 berlangsung pada 6 Jun 2011

iii) Mesyuarat MIDES Bil.03/2011 berlangsung pada 10 Oktober 2011

Mesyuarat Bil.03/2011 telah diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Menteri Pertahanan dan dihadiri oleh 28 wakil pelbagai Agensi Kerajaan dan 43 wakil syarikat industri pertahanan tempatan dalam Kumpulan Kerja ICT dan Kumpulan Kerja Maritim.
Mesyuarat MIDES Bil.03/2011 ini merupakan platform bagi membincangkan status terkini perkembangan program industri pertahanan tempatan serta laporan dari enam (6) Kumpulan Kerja MIDES. Mesyuarat telah dihoskan oleh Syarikat System Consultancy Services Sdn. Bhd. dari Kumpulan Kerja ICT MIDES.

Pameran LIMA'11

Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) telah mendirikan satu Booth MIDES di Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA’11) pada 6 – 10 Disember 2011 bagi tujuan mempromosikan aktiviti, produk serta perkhidmatan syarikat-syarikat di bawah naungan MIDES kepada pengunjung dan pelawat pameran. Sebanyak 8 syarikat dari Kumpulan Kerja MIDES telah terlibat sama dalam menjayakan booth MIDES tersebut.

Lebih dari seribu pengunjung tempatan dan antarabangsa telah mengunjungi Booth MIDES tersebut termasuk beberapa VVIP seperti YB Menteri Pertahanan, YB Timb.Menteri Pertahanan, YB Menteri MITI, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Itali,  Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Timbalan Ketua Polis Negara, Pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Malaysia serta beberapa delegasi kehormat dari luar Negara.

Tahun 2012

Program Outreach: Perlaksanaan Akta Perdagangan Strategik (Sta) 2010 Anjuran Bersama MinDef Dan MITI

Bahagian Industri Pertahanan selaku sekreteriat induk Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) telah mengadakan satu program perkongsian ilmu bersama ahli-ahli MIDES iaitu Program Outreach: Perlaksanaan Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010 Anjuran Bersama Kementerian Pertahanan dan MITI pada 14 Februari 2012 bertempat di MECC, Kuala Lumpur.
Program telah dihadiri oleh seramai 89 pegawai Kementerian serta perwakilan dari syarikta-syarikat di bawah MIDES. Objektif program adalah bagi mendedahkan peserta berkenaan Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010 yang telah diwartakan pada Jun 2010 dan berkuat kuasa mulai 1 April 2011, serta memaklumkan berkenaan insentif-insentif pelaburan bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam sektor perkapalan dan pengangkutan, pembuatan, dan R&D oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA).

Singapore Airshow 2012

Kementerian Pertahanan telah menerima jemputan Lawatan Rasmi Sehari dari Kementerian Pertahanan Singapura ke Pameran Singapore Airshow pada 15 Februari 2012. Seramai orang pegawai kanan awam dan tentera telah menaiki pesawat Lockheed C-130 Hercules dan bertolak dari Pengkalan Udara TUDM di Subang bagi lawatan sehari tersebut.

Bengkel Marketing Arm MIDES

Bahagian Industri Pertahanan selaku sekreteriat induk MIDES telah mengadakan satu Bengkel Marketing Arm MIDES yang telah diadakan pada 15 – 16 Mac 2012 bertempat di MECC Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh seramai 50 pregawai awam dan tentera serta perwakilan dari syarikat MIDES.
Objektif program adalah bagi memperhalusi cadangan penubuhan Marketing Arm MIDES serta membincangkan serta merangka skop, strategi dan Term of Reference (TOR) bagi Marketing Arm MIDES.

Booth Mides Di Pameran 13th Defence Services Asia 2012

Bahagian Industri Pertahanan (BIP) selaku Sekretariat bagi Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) akan mendirikan satu Booth Pameran MIDES di 13th Defence Services Asia (DSA) Exhibition yang akan berlangsung bermula 16 hingga 19 April 2012 bertempat di Hall 1, PWTC, Kuala Lumpur.
Booth ini adalah bertujuan bagi mempromosikan MIDES sebagai suatu organisasi yang membantu membangunkan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan tempatan kepada pelawat perdagangan tempatan dan antarabangsa.