Aktiviti

2011

Bil. Aktiviti Ringkasan
1. Inisiatif Program Pembangunan Vendor (PPV) oleh Boustead Naval Shipyard (BNS)

Bahagian Pembangunan Vendor BNS telah membangunkan Skim Pembangunan Vendor.  Pelan tersebut melibatkan:

  1. Keseluruhan vendor yang berdaftar dan bukan berdaftar yang di bawah PPV sahaja.
  2. 10 firma di bawah PPV dan 814 firma yang aktif di BNS
  3. Penyediaan skim latihan di bawah kelolaan Kulim High Tech Park.
  4. Pemberian keutamaan untuk menyerap pelatih Skim Perantis BNS.
  5. Promosi secara bersama di exhibition dengan bayaran minimum.
2. Audit keupayaan teras KKM 2011

Sekretariat KKM telah melaksanakan audit keupayaan teras terhadap ahli KKM dalam usaha mengenalpasti keupayaan sebenar. Ianya bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan dalam setiap keupayaan teras yang telah ditetapkan.  Sehingga kini 27 syarikat telah diaudit dan diterima sebagai ahli KKM.

3. Mesyuarat dan Bengkel KKM 1/2011

Mesyuarat 1/2011 telah diadakan pada 21 Mac 11  bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Seramai 30 orang telah hadir terdiri dari wakil 14 syarikat dan 4 wakil agensi kerajaan terlibat.

Bengkel KKM 1/2011.  Bengkel KKM  1/2011 telah diadakan pada 22 dan 23 Mac 11 bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur sejurus selepas Mesyuarat 1/2011. Seramai 50 peserta terdiri dari wakil 27 syarikat dan 4 wakil agensi kerajaan terlibat. Bagi mencapai objektif bengkel yang digariskan, seramai 2 orang penceramah dan 3 orang moderator juga turut dijemput. Tiga objektif telah disasarkan bagi meneruskan kesinambungan resolusi bengkel yang lepas, iaitu:

  1. Menyusun strategi untuk meningkatkan keupayaan semasa berdasarkan keupayaan teras yang telah dikenal pasti.
  2. Mengimbangi dan membangunkan keupayaan ahli KKM mengikut keupayaan teras.
  3. Mengenal pasti kaedah pemberian keutamaan kepada ahli KKM dalam perolehan kerajaan.
4. Mesyuarat dan Bengkel KKM 1/2011

Bengkel KKM 2/2011.  Bengkel Siri 2/2011 telah diadakan pada 22 Sep 11.  Seramai 38 peserta yang terdiri daripada 29 wakil syarikat dan 3 wakil agensi kerajaan terlibat.  Bagi mencapai objektif bengkel, seramai 4 fasilitator yang terdiri dari wakil Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Bahagian Industri Pertahanan, Bahagian Kewangan dan Bahagian Perolehan dan seorang moderator iaitu Laksma Dato’ Ir Hj Ahmad Murad bin Omar (Bersara) telah dijemput hadir.

Mesyuarat KKM Siri 2/2011.  Mesyuarat 2/2011 telah diadakan pada 23 Sep 11 di Hotel Equatorial, Bangi.  Seramai 28 peserta terdiri daripada 25 wakil syarikat dan 3 wakil agensi kerajaan terlibat.  Terdapat 3 peserta yang bukan ahli KKM turut terlibat sebagai pemerhati.  Mesyuarat telah membincangkan 7 resolusi yang telah dibentangkan dalam bengkel KKM Siri 2/2011.

5. Penubuhan Jawatankuasa Kecil Kumpulan Kerja Maritim.

Penubuhan Jawatankuasa Kecil Kumpulan Kerja Maritim.  Susulan daripada Mesyuarat KKM Siri 2/2011,  satu Jawatankuasa Kecil KKM telah ditubuhkan pada 11 Nov 11 untuk membincang dan menetapkan sub keupayaan teras bagi merancang pelan untuk meningkatkan tahap keupayaan teras ahli KKM bagi menyokong pelan pembangunan seperti yang ditetapkan dalam Blueprint.

2012

Bil. Aktiviti Ringkasan
1. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil KKM 2012

Bagi tahun 2012, KKM telah melaksanakan 4 siri Mesyuarat Jawatankuasa Kecil KKM. Tarikh-tarikh mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

  • Mesyuarat JKK KKM Bil.01/2012 pada 2 Feb 12.
  • Mesyuarat JKK KKM Bil.02/2012 pada 9 Mac 12.
  • Mesyuarat JKK KKM Bil.03/2012 pada 26 Mac 12.
  • Mesyuarat JKK KKM Bil.04/2012 pada 2 Apr 12.
2. Mesyuarat KKM MIPPKM Bil.01/2012

Mesyuarat KKM MIPPKM 1/2012 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Templer 5, Perangsang Templer Golf Club, Rawang pada 3 Mei 12. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar selaku Pengerusi KKM, serta dihadiri oleh seramai 9 perwakilan dari agensi kerajaan dan 27 ahli KKM. Mesyuarat turut dihadiri oleh 5 orang pemerhati selaku bukan ahli KKM.

Antara perkara yang dibincangkan semasa Mesyuarat KKM MIPPKM 1/2012 adalah kriteria pemilihan anchor company bagi setiap teras keupayaan, isu Liquidated Damage (LD) dalam kontrak-kontrak TLDM, masalah pendaftaran keahlian KKM, dan sokongan tender terhad kepada ahli KKM.

Mesyuarat juga telah menjemput Kept Anuar bin Murad (Bersara) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd untuk memberi taklimat mengenai Program Pembangunan Vendor Boustead Heavy Industries Corp (BHIC). Di samping itu, Lt Kol Ir. Hj Mohd Ghani bin Madersah (Bersara) dari National Defence and Security Council (NDSRC) turut menyampaikan taklimat mengenai kerjasama dan kemudahan yang ditawarkan oleh NDSRC kepada ahli KKM.

3. Penyertaan Ahli Baru KKM

Bagi tahun 2012, terdapat pertambahan 5 ahli KKM iaitu Contraves Advanced Devices Sdn Bhd, Comlenia Sdn Bhd, Ficantech Sdn Bhd, IGE Sdn Bhd dan System Consultancy Services Sdn Bhd. Dalam masa yang sama syarikat Oceanic Engineering Sdn Bhd telah digugurkan keahlian KKM.

4. Mesyuarat JKK KKM Bil.05/2012

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kumpulan Kerja Maritim (JKK KKM) 5/2012 telah diadakan di Dewan Seroja, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 13 Sep 12. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kejuruteraan, Laksma Dato’ Wan Othman bin Wan Abd Rahman selaku Sekretariat Kumpulan Kerja Maritim (KKM). Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

a. Pemakluman berhubung Mesyuarat MIDES 1/2012.
b. Pembahagian ahli baharu KKM ke dalam Kumpulan Keupayaan Teras.
c. Penyertaan ahli KKM dalam pameran dan persidangan industri dan persidangan pertahanan antarabangsa.
d. Pengemaskinian laman web MIDES.
e. Perancangan Aktiviti KKM.
5. Mesyuarat KKM MIPPKM Bil.02/2012

Mesyuarat Kumpulan Kerja Maritim, Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (KKM MIPPKM) 2/2012 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perangsang Templer Golf Club, Rawang pada 1 Nov 12. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli bin Haji Mohd Noor (Bersara), Pengerusi Boustead Heavy Industries Corporation selaku Timbalan Pengerusi Kumpulan Kerja Maritim (KKM). Sekretariat KKM telah diwakili oleh Laksma Dato’ Wan Othman bin Wan Abd Rahman, Kept Ir. Hairutdin bin Ayob TLDM dan Kdr Muhammad Habib bin Abdullah TLDM.

Perkara-perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat adalah seperti berikut:
a. Perancangan audit.
b. Status pendaftaran ahli KKM dengan SME Corp.
c. Pengemaskinian maklumat syarikat dalam laman web MIDES.
d. Perancangan aktiviti KKM.

Mesyuarat turut menjemput Kept Anuar bin Murad (Bersara) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd untuk membentangkan perkembangan Program Pembangunan Vendor yang telah dibangunkan dan peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh ahli KKM.

Encik Adi Kamarozaman bin Adi Badiozaman dari Bahagian Industri Pertahanan (BIP) turut menyampaikan pembentangan seperti berikut:
a. Fokus BIP bagi tahun 2012.
b. Insentif dan keistimewaan yang ditawarkan kepada ahli MIDES.
c. Aktiviti promosi produk dan perkhidmatan ahli MIDES.
d. Kerjasama strategik MIDES dengan agensi-agensi kerajaan.

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012