Aktiviti

2011

1.  MESYUARAT KK-ICT BIL. 1 TAHUN 2011

Info:
KK-ICT telah mengadakan forum semasa Mesyuarat KK-ICT 1/2011. Forum ini bertujuan mengenalpasti keperluan ahli pengguna dan memadankan keperluan tersebut dengan keupayaan teknologi ahli-ahli industri ICT tempatan. Ianya dapat dijadikan asas hala tuju aktiviti sektor ICT masa hadapan. Melalui kerjasama yang dicapai juga, agensi kerajaan dan industri dapat bertukar fikiran dan bekerjasama dalam menentukan halatuju pembangunan dengan lebih terancang. Ini akan turut membantu pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya, mengurangkan kos perolehan dan penyelenggaraan serta tidak bergantung kepada teknologi luar negara. Forum tersebut telah dihadiri oleh pelbagai agensi penguatkuasaan dan keselamatan Malaysia, Jabatan Bahagian anggota tetap ahli MIDES serta syarikat-syarikat ahli KK ICT MIDES.  Agensi-agensi Kerajaan/Pengguna telah memberi persembahan dan berkongsi pandangan di atas perancangan pembangunan keupayaan masing-masing yang berpotensi diceburi oleh industri-industri ICT tempatan.
Antara perkara yang dibentang dan dibincangkan adalah seperti berikut:

  1. Markas ATM telah memberi persembahan ke atas beberapa keupayaan yang akan dibangunkan dalam RMK 10 khususnya pembangunan NCO ATM.
  2. Markas Tentera Darat mengemukakan keperluan TD khususnya sistem pengurusan kem yang meliputi pengurusan rumah keluarga TD di bawah Program ‘Army Care’ dan integrasi sistem-sistem ICT dalam TD.
  3. APMM menjemput ahli-ahli industri ICT membangunkan perisian ‘Search Tools’ untuk operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan.
  4. SCS telah membentangkan topik ‘Collaboration for National Security’ merangkumi isu-isu kekangan sumber dan kewangan, aspek R & D, dan penglibatan ahli KK-ICT dalam pembangunan UAV dan NCO dalam negara.
  5. STRIDE telah memberi taklimat ringkas di atas perkembangan teknologi ‘Electromagnetic Pulse (EMP)’ dan menjemput kerjasama industri-industri tempatan yang berminat untuk membangunkan keupayaan ini serta menawarkan penggunaan makmal EMP yang sedia wujud di STRIDE

2. MESYUARAT KK-ICT 2/2011

Mesyuarat KK-ICT Bil 2/2011 telah diadakan pada 14 Julai 2011 dan dihadiri oleh wakil Perkhidmatan ATM, wakil agensi Penguatkuasaan dan Keselamatan serta 11 ahli industri ICT tempatan. Mesyuarat membincangkan penubuhan Kumpulan Kerja Kecil (JKK) bagi melaksanakan kajian feasibility ke atas dua projek yang telah dipersetujui semasa Mesyuarat MIDES yang lepas.
JKK Pertama  yang diketuai oleh Syarikat Orea Technologies Sdn Bhd akan mengkaji feasibility untuk membangunkan keupayaan Electromagnetic Pulse (EMP) secara tempatan.
JKK Kedua diketuai oleh Sapura STE akan mengkaji feasibility untuk membangunkan Military Tactical Jammers secara tempatan. Mesyuarat juga bersetuju kajian ICT Security Landscape ke atas MinDef yang diketuai oleh Syarikat Scan Associate Bhd.

3. MESYUARAT KK-ICT BIL 3/2011

Mesyuarat telah diadakan pada 4 Oktober 2011 dan dihadiri oleh wakil Perkhidmatan ATM, wakil agensi Penguatkuasaan dan Keselamatan serta 18 ahli industri. Mesyuarat bertujuan merumuskan laporan ketiga kajian feasibility yang dilaksanakan sebagai persiapan untuk pembentangan kepada Mesyuarat MIDES. Mesyuarat bersetuju untuk membentangkan ketiga laporan kajian semasa Mesyuarat MIDES Bil 3/2011.

2012

1)      Mesyuarat Kumpulan Kerja ICT MIDES Bil. 1 Tahun 2012

 

Satu Mesyuarat KK ICT MIDES telah diadakan pada 29 Februari 2012 bertempat di Wisma Kem Transit KEMENTAH dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia serta dihadiri oleh pegawai-pegawai agensi kerajaan dan swasta di bawah KK ICT MIDES.

 

Bil

Perkara

Objektif

Tarikh

Peserta

1.

Mesyuarat KK-ICT 1/2012

Menyemak status tindakan mesyuarat lepas

29 Feb 12

Semua Ahli

2.

Mesyuarat KK-ICT 2/2012

Menyemak status tindakan mesyuarat lepas

Mei 12

Semua Ahli

3.

Mesyuarat KK-ICT 3/2012

Menyemak status tindakan mesyuarat lepas

Ogos 12

Semua Ahli

4.

Mesyuarat KK-ICT 4/2012

Menyemak status tindakan mesyuarat lepas

Nov 12

Semua Ahli

5.

Sesi Pertama Perbincangan JKK 1 dan 2

Menyediakan Rancangan Tindakan

Mei 12

Ahli JKK yang terpilih

6.

Sesi Kedua Perbincngan
JKK 1 dan 2

Menyediakan Rancangan Tindakan

Ogos 12

Ahli JKK yang terpilih

7.

Bengkel 1

Bincang Competency Matrix KK-ICT

Mei 12

Semua Ahli

8.

Bengkel 2

Bincang Blueprint MIDES

Ogos 12

Semua Ahli

Hakcipta Terpelihara © BIP 2012